IngatHub · Legal & Trust
Keselamatan & Data
Kami membina IngatHub dengan kawalan keselamatan yang praktikal dan telus untuk melindungi rekod harian anda.
Dikemas kini: 25 Jun 2026
1.Akses berasaskan akaun
Setiap pengguna mengakses IngatHub melalui akaun sendiri. Supabase Auth digunakan untuk mengurus authentication dan sesi log masuk.
2.Pemisahan data pengguna
Rekod aplikasi menggunakan user ownership dan Row Level Security apabila berkenaan, supaya pengguna biasa hanya boleh mengakses data milik akaun mereka. Operasi sensitif di server turut membuat semakan pengguna.
3.Resit dalam private storage
Lampiran resit disimpan dalam bucket private dan menggunakan laluan fail berasaskan pengguna. Akses kepada fail diberikan secara terhad, contohnya melalui signed URL apabila diperlukan.
4.Data dan export milik anda
Rekod yang anda masukkan kekal di bawah kawalan anda. Fungsi export membolehkan anda mendapatkan semula rekod dan resit yang disokong tanpa mendedahkan pautan storage private.
5.Cara anda boleh membantu
- Gunakan kata laluan yang kuat dan unik.
- Jangan berkongsi kata laluan atau pautan reset.
- Log keluar daripada peranti yang dikongsi.
- Laporkan aktiviti atau e-mel yang mencurigakan.
6.Pelaporan keselamatan
Jika anda menemui isu keselamatan, hubungi security@ingathub.com dengan penerangan yang jelas. Elakkan mengakses, mengubah atau memuat turun data pengguna lain semasa membuat laporan.
7.Ketelusan risiko
Tiada sistem boleh dijamin 100% bebas risiko. Kami akan terus menambah baik kawalan keselamatan dan bertindak secara munasabah jika berlaku insiden.

