IngatHub · Legal & Trust

Polisi Privasi

Polisi ini menerangkan data yang diproses oleh Ingat Hub dan pilihan yang anda ada. Dokumen ini ialah penerangan umum dan boleh dikemas kini selepas semakan undang-undang.

Dikemas kini: 28 Jun 2026

1.Data yang kami kumpul

  • E-mel dan nama, jika diberikan.
  • Data yang anda masukkan sendiri seperti tugasan, bil, komitmen, rekod belanja, duit masuk, akaun duit, kad kredit, hutang dan rekod bisnes kecil.
  • Resit dan metadata fail yang anda pilih untuk muat naik.
  • Metadata penggunaan dan teknikal asas yang diperlukan untuk operasi, keselamatan dan diagnosis aplikasi.

2.Cara data digunakan

  • Menyediakan akaun, log masuk dan fungsi aplikasi.
  • Menyimpan serta memaparkan rekod anda dalam app.
  • Menghantar peringatan tugasan atau bil apabila fungsi tersebut diaktifkan.
  • Menyediakan export data, sokongan pengguna dan perlindungan keselamatan akaun.

3.Data kewangan dan resit

IngatHub menyimpan rekod yang anda masukkan sendiri dan bukan penyedia akaun bank. Resit disimpan dalam storage private. Apabila fungsi export tersedia, anda boleh memuat turun rekod dan lampiran resit anda.

4.Maklumat sensitif

Anda digalakkan untuk tidak menyimpan maklumat yang terlalu sensitif atau tidak diperlukan dalam Ingat Hub. Simpan hanya maklumat yang membantu anda mengurus tugasan, belanja, bil dan rekod asas dengan selamat.

5.Perkongsian data

Kami tidak menjual data peribadi anda kepada pengiklan. Data hanya diproses oleh penyedia infrastruktur yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan, seperti Supabase bagi database, authentication dan storage; Vercel bagi hosting; serta penyedia e-mel transactional yang dikonfigurasi, seperti Resend.

6.Keselamatan

Aplikasi menggunakan authentication, pemisahan data mengikut pengguna melalui kawalan akses seperti Row Level Security, dan private storage untuk resit. Walaupun langkah munasabah diambil, tiada sistem internet boleh dijamin 100% bebas risiko.

7.Hak dan kawalan anda

  • Mengemas kini rekod dan maklumat akaun anda.
  • Mengexport data apabila fungsi tersebut tersedia.
  • Meminta akses, pembetulan atau pemadaman data dan akaun.
  • Menghubungi kami jika anda mempunyai pertanyaan tentang penggunaan data.

8.Tempoh penyimpanan

Data disimpan selagi akaun aktif atau selama diperlukan untuk operasi dan kewajipan yang berkenaan. Apabila akaun dipadam, sesetengah salinan mungkin kekal sementara dalam backup atau log teknikal sebelum dipadam mengikut kitaran operasi.

9.Prinsip PDPA Malaysia

IngatHub direka untuk selaras dengan prinsip perlindungan data seperti Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia. Pernyataan ini tidak bermaksud jaminan pematuhan penuh bagi setiap situasi.

10.Hubungi kami

Pertanyaan privasi atau data boleh dihantar ke support@ingathub.com.